Monday, November 16, 2009

Syampu Pandan Kasturi

Pandan Wangi atau nama saintifiknya Pandanus odurusmerupakan pokok renek daripada famili Pandanacea. Ia tumbuh dalam rumpun dengan ketinggian di antara 0.6 cm hingga 1.5 m. Daunnya panjang dengan urat daunnya selari dan berbau wangi. Tumbuhan ini merupaka herba warisan turun temurun yang digunakan dalam penjagaan dan kesihatan rambut.

Syampu Pandan Kasturi ini dirumus khas untuk menghilangkan masalah rambut kusut, rambut gugur, kelemumur dan untuk menghitamkan rambut. Aroma semulajadi yang terdapat di dalam daun Pandan Wangi dan Limau Kasturi ini bertindak mewangikan rambut di samping dapat menghilangkan tekanan kerja seharian serta mengembalikan kesegaran tubuh badan.

Khasiat Limau Kasturi pula bertindak sebagai penyejuk kulit kepala. Kajian saintifik menunjukkan pandanin sejenis protein yang terdapat dalam ekstrak Daun Pandan mempunyai aktiviti anti-viral dan seterusnya dapat merawat jangkitan mikro-organisma di kulit kepala. Syampu daripada sumber semulajadi ini sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga serta mampu mengembalikan kesegaran rambut dan menjadikan rambut lebih bermaya, sihat dan bersinar.

Gunakan Tonik Rambut Pandan selepas menggunakan Syampu Pandan Kasturi untuk tujuan perapian dan memelihara kesihatan rambut.

Produk ini dihentikan sementara pengeluarannya.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 5

No comments:

Post a Comment