Sunday, March 4, 2012

Kembali kepada Produk Herba

Produk asas HPA yang berasaskan herba. Kekuatan sebenarnya terletak kepada produk-produk tersebut. Ahli HPA mahir dalam rawatan, sama ada diagnos menggunakan tapak tangan, kiropraktik, berkam, iridologi dan juga akupuntur.Marilah memertabatkan produk herba demi masa depan maruah pengubatan Ilahiah dan Alamiah yang lahir dan bertunjang di negara kita.

Ketika lambakan syarikat MLM di Malaysia sekitar tahun 80an dan 90an dahulu, pelbagai produk diketengahkan oleh pelbagai syarikat. Sama ada syarikat itu milik rakyat tempatan atau pun rangkain dari luar negara, kebanyakannya berdagang atas nama produk kegunaan harian.

Ada yang berniaga dengan hanya satu produk sahaja, malah banyak juga yang berniaga atas pelbagai produk. namun semuanya menggunakan strategi sama, iaitu menyakinkan pengguna dan pengedar bahawa produk mereka adalah yang terbaik.

Kehadiran HPA sekitar tahun 90an banyak membuka mata masyarakat Malaysia, khususnya kepada peminat MLM. Statusnya sebagai syarikat Bumiputera Islam dan berdagang produk tempatan berasaskan herba berjaya membuka mata banyak pihak. Ketika satu demi satu syarikat MLM gulung tikar, HPA terus mengorak langkah, malah mampu bersaing bukan sahaja di dalam negara malah hingga ke persada antarabangsa.

Ramai ahli dan pemimpin HPA masakini lupa bahawa HPA berdiri atas kekuatannya sendiri. Kehadiran lambakan pelbagai produk kegunaan harian sedikit sebanyak menenggelamkan kekuatan sebenar HPA. Ahli dan pengedar kebanyakannya menggempur produk-produk kegunaan harian atas nama produk halal, selaras dengan slogan HPA “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”.

Dalam keghairahan ini, produk asas HPA yang berasaskan herba makin dilupakan. Padahal kekuatan sebenarnya terletak kepada produk-produk tersebut. Jika diimbau kisah-kisah silam, para pemimpin lalu berjuang dan berdagang dengan hanya produk herba sahaja. Ramai di kalangan mereka yang mahir dalam rawatan, sama ada diagnos menggunakan tapak tangan, kiropraktik, berkam, iridologi dan juga akupuntur.

Cuma para perawat ini makin tenggelam apabila para pemimpin kurang memberi fokus kepada produk herba. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya kita sama-sama kembali kepada asas perjuangan ini, iaitu memertabatkan produk herba demi masa depan maruah pengubatan Ilahiah dan Alamiah yang lahir dan bertunjang di negara kita.

Sekian…….

Nukilan rasa

PJS Ismail Othman

No comments:

Post a Comment